Berhala Moden

Mudah cerita... WANG! itulah berhala zaman moden di mana hampir semua perkara melibatkan wang. Tidak kira apakah taraf anda wang menjadi faktor penting hari ini. Ia mampu menjadikan anda apa sahaja samada dipuja, bongkak, pemurah, pencuri, peminta sedekah, perasuah, putus asa.. apa-apa sahajalah... anda akan akan dapati masalah wang akan terselit antaranya.

Wang juga tidak mengira siapa kita. Adakah kita orang biasa, pemimpin, ustaz, para profesional, suri rumah hinggakan kanak-kanak kalau silap perhintungan boleh menjahanamkan kita tanpa kita sedari. Benar ada orang kata... apa ada pada wang, ia bukan boleh membeli kebahagian, kesihatan, tidur yang nyenyak tapi secara realitinya segala-galanya adalah wang.

Lihatlah pergolakan yang berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia. Politik menjadi kacau bilau apabila ada wakil rakyat dibeli katanya melibatkan jutaan RM. Kenapa ada yang sanggup menghabiskan jutaan RM yang mana lebih baik digunakan untuk pembangunan negara? Jawapannya mudah kerana lebih banyak lagi RM dapat dikaut selepas itu. Itu belum lagi diulas kenapa ada ketua-ketua agensi kerajaan yang sepatutnya berkecuali tetapi memihak kerana ia juga melibatkan wang. Nampak? Demi pangkat, kuasa dan wang... kalau tak ikut nanti akan dipecat jadi nak makan apa? Sebab tiada wang...